Saturday, December 29, 2012

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Assalamualaikum pada rakan islam saya dan salam sejahtera pada yang bukan islam..
Entry kali ini serius sikit, dan saya harap awak2 yang baca tak pandang mudah dengan isi yang akan saya huraikan dalam entry ni.. :)

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

saya pasti sahabat2 saya mesti pernah dengar atau baca ayat diatas ni kan? soal bagaimana kita hendak dan mahu mendidik anak2 kita.. ok, ini adalah beberapa perkara yang perlu kita renungkan.. pada yang dah tahu.. alhamdulillah dan pada yang belum tahu.. moga entry ni akan menambah ilmu pengetahuan awak2 semua.. :)

>>>>>> ♥

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena
mpar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

 3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

everything will be alright kalau kita on the right.. ;)

Jadi kepada awak2 sama ada yang telah mcendirikan atau yang akan mendirikan dan yang masih merancang mahu mendirikan rumah tangga harap take note la pasal benda ni okay?

Tak lupa juga pada orang yang samaada ada dalam hati saya atau yang bakal ada dalam hati saya.. :P iaitu orang yang akan bimbing saya ke syurga.. insyaallah kita akan sama2 berusaha menjadikan dan membentuk insan yang cermerlang dari semua segi2 kehidupan.. :P cewah.. x boleh belah kan?? biaqqq p la.. >.< k bye assalamualaikum. ♥♥♥

Tuesday, December 4, 2012

I'm willing to be the one and the angel that you LOVE!



Assalamualaikum,
korang2 semua sihat tak? happy tak? ok tak? hummm walaupun aku taip entry ni dalam keadaan air mata dan air hidung mengalir.. aq harap korang semua still happy baca entry aku taw.. selsema teruk sangat2 ;(

Entry aku kali ni sebenarnya tentang hati dan perasaan. Macam yang korang semua tahu kita ada perasaan atau emosi seperti sayang, sedih, marah, kecewa, cemburu dan sebagainya kan? tapi bila kita alami perasaan2 tu semua kadang2 kita tak dapat kontrol pun emosi kita. Bila kita sedih, kita menangis sepuas2nya, bila kita marah kita marah x ingat dunia. hmmmm...

Bila kita marahkan someOne tu kita cuba ingat perkara baik yang pernah dia buat kat kita. Bila kita sedih kita muhasabah diri dan ingatkan bahawa apa yang jadi semua ada hikmahnya. InsyaAllah kita akan kuat hadapi segala ujianNya. Tapi tak salah pun kalau nak nangis. Nagis la sepuas2nya tapi jangan sampai memudaratkan pula. korang kene ingat tujuan asal kita dilahirkan, jauh perjalanan kita. Jangan mensia-siakan hanya kerana satu perkara. ok sayang? :)

Perasaan atau emosi ni berkait rapat dengan hati. Jadi kalau nak kawal emosi korang dengan baik korang kene la jaga hati korang baik2 kan? ermmm.. cam mana ye? cuba la terapi hati korang dengan perkara yang baik2. Banyak perkara baik2 ni antaranya yang telah termaktub dalam islam seperti baca Al-Quran,solat sunat. kan? Dengar lagu pun perkara yang baik2 juga sebenarnya,tapi make sure lah korang dengar lagu tu baik maksudnya.

bila hati dan emosi bersatu,setiap apa yang kita buat kita mampu control. Secara tak langsung juga kita boleh positifkan yang negatif. bila orang buat jahat pada kita, kita boleh fikir "..tak apalah mungkin kita pernah buat dekat orang lain macam 2.." insyaAllah lepas ni kita tak akan buat lagi. Tapi bila hati jauh dengan emosi kita akan fikir untuk balas balik apa yang orang buat kat kita. kita tak dapat berfikiran waras..

Jadi,korang jaga la hati korang baik2 moga kita sama2 mara ke hadapan dengan perkara2 yg baik. InsyaAllah. Btw, lagu ni sebenarnya lagu chinese taw tapi diorg tkar dalam english. dia punya music menyentuh hati kan? kalau dengar version chinese pun 10x ulang walau xfaham pun maksud dy.. macam Al-Quran la. maksud yang baik2 akan mendekatkan emosi kita dengan hati.. :)

p/s: doakan aku cepat2 sembuh supaya dapat besama korang dengan perakara yang baik2 k? jangan lupa jaga hati taw.. take care.. wassalam. ;)

Friday, September 21, 2012

Is chess useful for us ?

STRATEGY with ruby kwan.. 

Many people say that chess is just a waste of time, and many people end up as crazy after having played for a lifetime. And for them chess practice is just such a waste. Again, WASTE.
I don't know why people loves to condemning my interest with chess.

X : Chess is not a sport ! It's just an indoor game. So what ?

I think chess can improves your brain and it helps you look at things more carefully instead of rushing, indeed.
Furthermore, chess is about planning or tactics and so it helps you when you have to plan out things in life. As long as you have the whole picture, you can play things out and hopefully it will lead you to where you want to be.
Yes, it's not only just a-mind-war-game.
Garry Kasparov,Karpov,Bobby Fischer,Anand. They are the one of the people geniuses in this world.

X : Besides the entertainment element, I don't think chess has any other outside benefit, other than exercising certain parts of the brain. So what ?

Maybe, but think twice !
Chess like any other activity is not separated from our life scenario, chess is what you get out of it and what you do with it , do take a moment and think about this . Chess will contribute to your life as you see it applicable, but you must first see the application, are we talking about spatial vizualitation or problem solving technique or simply about a better understanding of life's meaning. Chess like all of the games or activities transpose in our daily living in a very subtil way, we are the one to find out the path.

Dear friends (some) and also my BOYFRIEND, please. Don't blame this indoor game.

Source; http://www.chesscube.com

Wednesday, May 23, 2012

JANJI manismu!

Assalamualaikum =)
selamat pagi kawan! sejuk pagi ni,untuk mengisi kelapagan aku pagi ni, aku nak hupdate blog aku dengan something yang aku baca semalam. Anyway hari ni kan,kelas aku start pukul 12-1 jep.. haish... bazir btol!  kejap sngt.. kan indah rasanya, kalau klas 2 blh buat semalam. wuwu~

Ok sebenarnya aku nk cakap sikit pasal JANJI. Aku perasan, zaman sekarang, bila dah bercinta nak rak tu, semua pakat main tabur janji macam ahli politik. Semua janji nak manis-manis je. kalau janji 2 dipenuhi atau ditunaikan tak de la jadi masalah kan? tapi.... kalau janji tu tak ditunaikan macam mana? mesti hati orang yang pengang janji tu TERGURIS! kan3x? tak baik taw buat hati orang terguris. DOSA kowt! hee~ sebab tu aku tak suka sangat nak janji bagai ni.. maap~

"Saya berjanji akan sehidup semati dengan awak"
"Saya berjanji akan jaga awak sampai bila-bila"
"Saya berjanji awak seorang je kat hati saya sampai bila-bila."
"Saya berjanji akan tunggu awak sampai bila-bila"
"Saya berjanji akan sayang kat awak even awak kahwin dua"

Ok antara janji2 orang yang bercinta ni akan tabur kan adalah seperti diatas ni.. haaa...mesti ada kan3x? atleast 1 yang tersenarai.. haha :P But, the fact is, most of the janji hanyalah another bullshits. How the hell si lelaki boleh berjanji akan letak awek dia sorang kat dalam hati dia sedangkan tak ada siapa pun yang mampu kawal hati dan perasaan? Dan aku tak faham macam mana a girl boleh berjanji untuk hidup semati dengan seorang lelaki yang dia belum kahwini? Hey, mana dia tahu yang lelaki tu jodoh dia? Even orang yang kahwin pun boleh bercerai, ini kan yang belum kahwin. Kan? urmmm...

Masa bercouple dan bercinta, memang lah rasa macam longlasting ever. Tapi, hati dan perasaan senang je berubah. Bila-bila masa je boleh berubah. Jadi, it is not right la bila seseorang membuat janji yang tak pasti. Tak real langsung.. so, kesimpulannya korang tak perlulah berJANJI macam tu dalam 1 hubugan tu.

Ermm kenapa? xbest eh? rasa cam cinta tu x sampai? haha klaka je.. alaaa, ok kalau aku kan? aku tak mampu nk janji macam tu sebab semua tu di luar kemampuan aku. sorry to say la kan? :P TAPI..... aku akan berjanji yang aku akan sentiasa berdoa supaya dia sentiasa di hati aku. Aku juga berjanji yang  aku akan sentiasa berdoa supaya dia JE dihati aku. Dan yang terakhir.... aku nak biar Allah yang menjaga kita orang.. so, cinta kita orang boleh la sampai ke syurga. cewah! sweet tak? ngeh2! :P

Disebabkan aku mengambil masa hampir 2jam untuk abiskan 1 entry yang pendek ni aq jd fedup betol dengan line tenet yang mngalah an siput nih! grrrr :@ so!! sampai kat sini je la aku stop. maaf la kalau entry aku kali ni ade yang terguris hati ke pape ke kan? kira halal je la k? see you all next time and take care always! ^_^

p/s: memang tak la nak upload gamba kat entry ni, dengan line yang macam siput kelaparan. adeh.. pape pun enjoy . ;)

Thursday, May 3, 2012

Renungan Bersama XD

assalamualaikum... 
selamat pagi semua... sebelum aku bertolak... meh kita renung2kan ayat kat bawah ni... :)
belajar dari kesilapan.. ingt tu! xde yg xpenah wat salah pn dalam dunia ni.. kaw xyah nk bajet bagus.. :) heee~ take care kengkawan.. :D



Kita pernah "DILUKAI"
dan mungkin pernah "MELUKAI"
tapi yang demikian kira BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai,menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah "DIBOHONGI"
dan mungkin pernah "MEMBOHONGI"
tapi dari itu kita belajar bagaimana sakitnya Rasa dibohongi
dan tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam Hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar Erti dari MEMINTA dan MEMBERIKAN.
Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam Hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita LAKUKAN, iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk Hari Esok yang lebih baik.

Hidup adalah proses
Hidup adalah belajar
Tanpa ada batas umur
Tanpa ada kata tua.

JATUH, Bangun Berdiri lagi
Cengkam, mencuba lagi
GAGAL, Bangkit lagi
Sampai Allah memanggil
"Waktunya bakal tiba".. :')

p/s: manusia ni kadang-kadang suka memaafkan salah sendiri dan menghukum salah orang lebih2.. kan?  Jadi disini saya ingin meminta maaf jika saya ada buat salah antara kawan2 semua..  ;)