Wednesday, January 16, 2013

LISTEN,LISTEN AND LISTEN!! 2+2=5

Assalamualaikum

Entry kali ini adalah sekadar pandangan saya terhadap fenomena LISTEN yang mana mungkin masih hangat diperkatakan di pasaran. Terpulang pada koranglah untuk setuju atau tidak.

cuba lah korang hayati video ini dengan penuh kesyahduan untuk lebih memahami. hehe.
bahasa apa ni weh? errr

Macam biasa sebelum korang tengok korang pause kan dahulu lagu yan sememangnya berkumandang di blog saya ni ye.. ;)
>>>> ((butang pause)) cari dengan mata jangan cari dengan hidung.. okey??


Dah tengok ke? faham dok? ambe pun tongah torai nek memahaminyo.. ehem-ehem!

“deep meaning. budak tu cakap benda yang betul dan dia ditembak. kawan2 dia setuju dengan cikgu tu sebab takut. tapi diorg dah lihat apa yang berlaku.dalam takut,kita dapat tengok,classmate dia tukar jawapan kat buku tu. dalam hati diorg tetap mengaku kebenaran tu. they ‘learnt’ from what they have seen. awak boleh paksa orang dengar apa yang awak cakap,tapi awak tak boleh paksa hati orang untuk percaya dengan apa yang awak cakap”

Pada pendapat saya dalam kes ni dua-dua pihak salah. Kenapa? kamon laa.. korang pun nampakan? untuk pihak cikgu tersebut, yelah awak cikgu, awak banyak pengaruh, awak mengajar tanpa awak siapa la kami. Eh, terkona plak! maaf-maaf tapi awak jangan lah fikir awak tahu segalanya dan awak pun perlu la menerima pendapat orang. Kita ni manusia tak lari dari kesilapan. Tak perlu malu untuk betul kan kesilapan, in shaa Allah dengan izin Allah awak akan lebih dipandang mulia.

Okay, untuk pihak budak tersebut pula awak masih belajar, awak ada hak untuk menyuarakan pendapat awak. Awak juga berhak betolkan apa yang salah dengan pengetahuan yang awak ada tetapi awak kena la ingat, bahawa awak haruslah melakukan dengan cara yang betul. saya rasa awak tak perlu meningikan suara dan melawan cikgu tersebut jika ia masih berkeras dengan apa yang diperkatakan. Ambil inisiatif lain contoh minta pendapat pada guru lain atau orang yang lebih arif dengan statement awak. Awak berhak perjuangkan statement tersebut jika ia sahih kebenaranya.

Jadi sama la dengan kes 'tersebut' kan? Pada pendapat saya la kan tak perlulah kita ni manusia nak samakan manusia dengan binatang. Itu je kesilapan awak yang saya nampak dekat sini, hal lain saya memahami awak ahli politik dan orang politik tak pernah mengaku kalah dan mengaku salah walaupun dah tertera salah. sorry to say, kesimpulanya? sama-samalah kita berfikir dengan permikiran yang positive boleh tera tuu? hehe tapi saya ingatkan pada kawan tak rugi pun jika kita meminta maaf sesama manusia, tak perlu pun pertahankan ego tu untuk melakukan sesuatu yang baik kan,kan dan kan? ;)

"..you can close your eyes for something you don't want to see. But you can't close your heart for something you don't want to feel..." status hari ini! hari ini saya sempat buat satu je status awak.. xde idea la nak buat sampai 10.. amboihhh!

selamat malam semua! (>‿♥)

Monday, January 14, 2013

Girl??? Ishh.. tak faham betol lahh!

Assalamualaikum

Even a smile is CHARITY

Entry ni aku nk meraban khas utk insan yang bergelar lelaki kat lua sana yg sedang mendekati and memahami seorang GADIS. So guys, pada aku perempuan ni dia macam ni.. 


~Korang kena check dulu dia tu SINGLE and AVAILABLE. Jgn cari nahas laa nak usha org punya. 

~ Bila korg da rasa2 tangkap leleh kat girl tu, jgn tetiba gi tyg desperate yg korg sangkut kt dia awal2 sgt. Nanti dia pikir korang saje nak buat dia wink2, saje nak main je.

~Bila da kenal tuh, DONT SAY I LOVE YOU TOO SOON. Mohon sgt!

~Girl ni kekadang dia saje buat2 ego bila korang tayang sweet sbb dia nak test korg, sungguh2 ke tak utk dia. So, jgnlaaa cpt fed up kalo dia tak lyn awl2 tuuu.. 

~Bila girl kate "Ye, sy okay." atau "Takde ape2 lahh".. Hah! mohon ye bang, itu signal nak katenye memang DIA TAK OKAY n MEMANG DIA ADE APE2 letuuu.. So, time ni laaa korg kena tyg caring, stay there with her. 

~Perempuan tak suka dikongkong jugak laa bro! Tapi.. Bila kena cara dan intonasi suara korang nak tegur dia, nak dia macam mana..Dia follow jugak haa! Girl ni kalau dia da syg kt org tu, dia dgr cakap. Just jgn PAKSA! 

~Perempuan akan manja dgn org yg dia syg je. Dorang punya manja tu mahal weh, nak2 lg bila girl yg konon brutal tuu. Skali dia tyg manja, lentok bak hang! *err, MANJA bukan GEDIK*

~Jgn nak siyes je manjang! girl suka org yg boleh buat dia gelak comel, yg nakal and sweet talker (sweet dgn dia je!).

~Caring. Da tahu syg tuu, kena ahh care. Tapi jgn over caring pulak sampai nak berak pun kena gtaw haaaa.. And takperlu pun  nak text or call 24jam.. Just bg dia sedar korang slalu ada utk dia. Mcmana? Ikut kreativiti sdri laa.

~Before korang nak special2 dgn dia, korang kena kenal dia betul2 dlu. check dlu korang bley adapt dgn prangai dia tak. Jgn sbb kenal MUKA je!

~Perempuan akan reply text panjang2 bila dia suka org tu. Tapi bila dia da stat reply pendek mcm "K" or "Yes" tuuuu.. maknanya angin tak baik melanda letuu. Ha, time tuu jgn gedik nak biar je dia pilu. Pujuk cepat!

~Perempuan tak kesa org lain kate dia tak cantek asalkan bukan org yg dia syg. Once dia antar gambar ke ape, jgn sesekali kate "err.. TAK CANTEK la wakk.." Skali gus mood dia jatuh gaung bro. Puji lah wpun sikit or tak cantek pun.. 

~Girl=JEALOUS. Bila dia da jeles, jeles berapi wehhh! Jgn main laaa, nnti tak aman idup korg kalo salah test tahap jeles dia. Nak test jeles pun agak2 ah, kalo over sgt.. Jgn tnye knape lah kan dia majuk thp kritikal.

~korang pun kena consider ape yg dia mintak, ape dia pesan. Kalo da dia taksuka camtu, taknak korang camni.. Jgnla cari pasal bantai gi buat jugak. Dia pesan sbb dia syg. 

~Jgn mengada nak contact dia kalo korg tgah sebok tahap gaban. girl taksuka bila korang tak fokus kat dia bila korg dgn dia. Dripada dia hangin, baik korg settle kan keje dlu baru cari dia.

~ Jgn gedik crita sal benda lepas, yg EX2 smua tuuu, mohon korang buang jejauh or lupuskan terus mcm tembak dgn senapang gajah ke ape. Pompuan kdg tak kuat nak dgr ape kisah lalu korg dgn TUPPERWARE korg tu. 

~Korang nak jeles boleh, tapi jgn over. Jeles lah bila betul2 dia da buat korg rasa hampeh tahap dewa dah.. Tp jgn lama2 sgt, sakit jiwa pulak nak buat sesi pujuk tuh.

~Buatlah surprise. Pompuan ni bila korang buat dia tersengeh tetiba, terkinja-kinja tak semena sbb korang buat seprais yg takpernah dibuat org tuu.. Hah! dunia ni mcm ade korang jelah utk dia. Time tu, tahap syg dia kt korang boleh terbalik meter kot!

~Sila berusaha utk jd LELAKI IDAMAN yg TERBAIK utk dia. Yg mampu bwk dia jd lg baik. Kalau korg sje nak buat dia makin rosak, baik simpan jelah niat tu. Niat pun da tak btul, ada hati nk takel lagi? Sepak kang saje je!\

~Jgn pepandai nak matikan phone bila korang on the phone mase ade masalah or misunderstanding between both of you. Dengar dia nak eksplen. Jgn nak emo sorang2 je.

~Bila dia salah, jgn marah yg terlampau sampai dia shock! Jgn sesekali tengking and tyg korang pny baran. Bila asik mcmtu, jgn tanye aku kenape minggu dpn or esoknya dia mula sepi n tuptup dia mintak nak pergi. Makan air mata laa korang nnti.

~Setia? takyah kate ahh.. girl ni, sekali dia sayang, dia susah nak buang. Datanglaaa yg kacakbergayahot bagai dpn mata, mata je pandang tapi hati dia nmpak korang. Korang je!

~Kalo korang syg betul2, jagalah dia mcm korang nak dia jdi terbaik sbg bakal BINI n IBU anak2 korang nnti. Jgn duk ajar bnda2 karut ye boboys?


Errr... Panjang pulak aku meraban. Hah, tu jelaaa utk entry nih. Smoga berguna, and membuka minda awk semua. Selamat mencuba and selamat menjadi LELAKI PUJAAN!

Tuesday, January 8, 2013

Keikhlasan

Assalamualaikum!
aku kan kalau DEMAM ke batuk ke mesti akan sembuh dalam sehari dua je pastu mulalah bongkak *takpe2 aii demam kejap je ni haaa esok lusa okelah tu* (muka kerek) pastu terus telan ubat tempek koolfever atas dahi then pura-pura tidur dengan muka monyok konon2 nak bagitahu semua orang *hoiiii aku demam ni sape2 jangan ganggu kalau tidak aku lempang* syaitonirrajim betul perangai KAH KAH KAH.

dan seminggu yg lepas aku dah start BATUK-BATUK well macam biasa perangai poyo aku *alaaa kejap je batuk ni sehari dua sembuhlah dont worry baby im fineeeee* so dengan perasaan berlagak aku ngappp aiskrim magnum, burger mekdi, cheezy wedges semua makanan berminyak aku main bedal langsung takde pantang dan akibatnya sampai sekarang aku kof kof kof kof tak henti2 (padan muka kau)

Jangan pernah menjadi hamba kepada sesiapa yang bergelar 'hamba Allah'
tanpa sebab yang boleh diterima akal.

Ok takpe, sebenarnya entry kali ni nak sentuh sikit tentang keikhlasan. keikhlasan yang saya akan sentuh
disini ialah keikhlasan dalam persahabatan. Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah – ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela.

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba-tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata-mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menhargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..

Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata-kata takkan bermakna jika dibiarkan kata-kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja… >.<

Kemanisan sesuatu keindahan itu hanya dapat dihuraikan
pada sesiapa yang pernah merasai keindahannya.. 



Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yang diperolehi dari pembacaan....

Kalau satu hari awak menangis, beritahu saya,
saya tak janji nak buat awak tersenyum,
tapi saya boleh menangis bersama awak,

Kalau satu hari awak ada masalah,
awak bg tahu saya,,
saya tak janji nak bagi penyelesaian,
tapi awak boleh kongsi dengan saya

Kalau satu hari awak nak pergi berjalan,
bagitahu saya, saya bukan nak halang awak
tapi.....
saya boleh teman awak dan menjaga awak

Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar
 cerite awak
saya janji saya akan ada untuk awak

Tapi kalau satu hari awak perlukan
saya, dan saya tak muncul- muncul
mungkin kerana ALLAH lebih
memerlukan saya
saat itu saya pula perlukan "hadiah" PERSAHABATAN
dari awak...

Saya dan awak adalah sahabat. Seandainya suatu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak....awak kena ingat bahawa, persahabatan saya dan awak tidak pernah putus dan awak kena belajar erti berdikari dalam persahabatan kerana waktu itu awak akan tahu pentingnya seorang sahabat dalam hidup awak.

ok2, meh sini nak lap air mata tu. hee terima kasih ye sebab sudi meluangkan masa untuk entry panjang ni. Moga dengan membaca entry ni awak semua lebih ikhlas dalam persahabatan. Dengan ini terimalah sebuah lagu ikhlas dari saya untuk sahabat2 sekalian. peace! V(^_^)


                                       
Ehhh! jap2.. sebelum korang dengar lagu ni make sure korang pausekan lagu yang
sedia ada kat blog ni terlebih dahulu ye. Untuk lebih penghayatan.. :P
*Butang pause >>>>>>