Sunday, January 12, 2014

Oki Setiana Dewi - Wanita Syurga Bidadari ~LIRIK~

Assalamualaikum,

Sekian lama blog ni tidak berbunyi, saya dengan ini nak tempek lagu ni khas buat sahabat2 muslimah.
Tak nak bebel panjang2 ok dengar je lagu ni.. wuwu~



Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah.. 
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah 
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa 
Laksana surga di dunia 

* Keteguhan hatimu oh wanita muslimah 
Ketangguhan dirimu yang terbingkai sholehah 
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa 
Sejukmu menentramkan jiwa 

Reff: Engkau wanita syurga bidadari dunia 
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta 
Engkau wanita syurga 
bak permata berharga 
berbinar indah dalam kesucian jiwa



     \(^_*)V peace!!

Sunday, January 5, 2014

HUKUM SUAMI GUNA DUIT ISTERI

Assalamualaikum

Salam tahun baru, pada sahabat yang rajin membaca entry2 saya ni. Disebab kan ramai sahabat2 yang sudah berkahwin tahun lepas dan yang telah merancang untuk berkahwin tahun ini, saya sebagai sahabat anda ingin berkongsi sesuatu yang mungkin anda belum tahu.

Boleh ke seorang suami mengunakan duit isterinya. Atau meminta2 seorang isteri membayar atau membeli itu ini. kadang2 kita tak perasan yang kita melakukannya.

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : Jawabnya, HALAL.... Jika isteri HALALKAN. Tapi ingat! Perbelanjaan harian yang perlu adalah WAJIB atas suami walaupun isteri kaya dan banyak duit. Cth : Isteri berniaga RM20K sebulan, suami makan gaji RM2000 sebulan. Suami TAK BOLEH kata pada isteri, 'Yang ni awak bayar'. Hukumnya HARAM.

Kerana tanggungjawab belanja nafkah harian adalah atas suami. Melainkan Isteri kata, 'Oleh kerana awak tak ada duit, biar saya yang bayar'. Ini baru boleh.

Ramai suami2 yang memperbodohkan isterinya dengan menyuruh isteri bayar itu bayar ini. 'Yang ni awak bayar, yang tu saya bayar'.

Ingat, hukumnya HARAM kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggungjawab suami, kecuali isterinya halalkan baru boleh.

Macamana dengan duit isteri yang suami guna selama ini? Jawabnya, duit isteri yang telah suami guna untuk buat belanja, akan menjadi beban HUTANG yang suami WAJIB bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan.

SUAMI JUGA TIADA HAK UNTUK BERTANYA TENTANG DUIT ISTERI DAN KE MANAKAH ISTERI BELANJAKAN DUIT TERSEBUT.

Ada pulak suami atau bakal suami yang kata, 'Oooo... kalau macam tu teruk la. Mana boleh....' Jawapannya senang, kalau dah tahu tak boleh, jangan kahwin!

OK dah faham ke sahabat2ku sayang? jangan kita menghalal kan apa yang haram ye? ;) kat sini saya selitkan gambar satu2nya sahabat saya yang paling rapat masa sekolah dulu telah selamat bertunang. Sama-sama kita doakan moga jodohnya berkekalan hingga ke syurga.. Yang lain smua masih belajar, moga korang pun cepat dapat jodoh k? heee peace! :P