Thursday, September 26, 2013

Student's TIPS


Assalamualaikum,

Hello handsome boys and handsome girls. How are you guys doing today? Happy sebab nak naik sem? Yeah. Saya tahu awak semua sukaaaa sangat belajar and tinggalkan bilik korang yang comel comel tu. Ehem. Well, di petang yang kesunyian ni bukan saya nak bernovelisasi kan pasal kegembiraan korang nak naik sem, tapi pasal beberapa Tips yang korang boleh guna untuk korang ke sem seterusnya.

Saya tahu awak semua mesti ada time2 untuk awak mentelaah kan? Btw, kat sini saya nak share sikit mana time yang lebih afdal untuk korang study. Yelah tak semua masa otak boleh terima apa yang kita study kan? Bagi saya kalau study dah tak masuk tak payah study baik pergi main game ke main chess ke atau tido je!

                                                         Photo: TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

 
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

.............................................................

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas
boleh baca tak? jelas kan? kat atas ni antara otak2 kita berfungsi. 
Time study saya antara pukul 3pagi hingga pukul 6pagi. Jadi tak salah pilih time la kan.. haha!


Apapun kalau korang dah selesa dengan time study korang yang korang dah set tak apa,teruskan sahaja. Ini cuma kajian sains tapi kalau kita dah latih otak kita macam yang kita sElalu buat semua tu terpulang. Itu pun kalau korang dapat dean list setiap sem la. Tapi kalau tak tu adalah yang tak kena dengan cara korang study. Study balik apa yang tak kena dan ubahlah kearah yang lebih baik. ;)


TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apabila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasa putus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembali, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudah apabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.


Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.


So............ Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas. Semoga berjaya mengahrungi hari2 seterusnya. (^_^)V

Sunday, September 22, 2013

Seriuskah Si Dia?



Assalamualaikum,

Kenal sudah hampir 5 tahun, berkawan rapat sudah masuk tahun ketiga berkasih sayang hampir setahun lamanya, namun sudahkah kamu mengenali ketelusan isi hati sang teruna? Betulkah si dia mahukan sesuatu yang kekal berpanjangan? Jom ketahui tanda-tanda utama yang menunjukkan si dia serius terhadap sesuatu perhubungan.


1) Perkenalkan keluarga & sahabat
Lelaki yang memandang berat terhadap perhubungan akan cuba untuk memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga & rakan taulan yang rapat dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa mereka menganggap pasangan seorang yang penting & bermakna dalam hidup. Kebiasaannya, seorang lelaki akan cuba untuk menyembunyikan hubungan yang mereka rasakan tidak serius. Ini bagi mengelakkan perspektif negatif yang mungkin timbul daripada kaum keluarga. Namun sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak memperkenalkan kepada ahli keluarga, misalnya masa yang tidak kena atau keadaan yang tidak mengizinkan, sang kekasih pula perlu cuba untuk memahami situasi tersebut. Tapi tak dinyatakan pulak contoh keadaan yang tidak mengizinkan tu. Hee...


2) Mengambil berat

Sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga kaum hawa. Sekiranya sang arjuna mengambil berat terhadap setiap perkara yang kamu lakukan, itu menunjukkan bahawa mereka benar-benar serius terhadap perhubungan itu. Ini kerana kebiasaannya, lelaki yang hanya berminat terhadap hubungan jangka pendek tidak akan mempedulikan apa yang dilakukan oleh pasangan mereka. Tiada rasa tanggungjawab wujud terhadap diri kamu timbul dalam sanubari. Ada kemungkinan juga si jejaka belum bersedia untuk berkongsi hidup lantaran hubungan yang dijalinkan berkisar untuk menghilangkan kesunyian diri. Tiba saat apabila tidak lagi sunyi, kamu mungkin akan ditinggalkan pula.


3) Lebih mengingati
Seorang lelaki yang serius terhadap sesebuah perhubungan akan sentiasa berusaha memenangi hati pasangannya. Apabila si dia berusaha keras & fokus pada setiap perkataan yang diluahkan, ia menunjukkan bahawa setiap rintihan adalah amat penting. Juga sebagai bukti yang tidak disampaikan melalui kata-kata, kejerihan lelaki menghargai kehadiran teman istimewa dalam kehidupan mereka. Selain itu, cara ini juga digunakan untuk mengenali diri kekasih dengan lebih mendalam. Bukan senang tau untuk seseorang lelaki mengambil sedikit masa mengimbau & mengenang kembali kenangan lama apatah lagi sesuatu yang dirasakan penting bagi kamu.


4) Berkongsi masalah
Lumrah seorang lelaki, sukar untuk berkongsi masalah terutamanya yang melibatkan masalah peribadi. Mereka hanya akan berkongsi masalah dengan orang yang mereka betul-betul percaya sahaja. Sekiranya si dia sudah bersedia untuk berkongsi masalah, ini merupakan petunjuk bahawa si dia sudah mula mempercayai & menerima kamu sebagai sebahagian daripada hidup. Tetapi awas! Kamu perlu bijak untuk mengesan sama ada luahan hati itu sebetulnya ikhlas atau hanya cuba untuk menagih simpati. Berhati-hatilah kerana seorang lelaki tidak akan menceritakan segala masalah jika baru sehari dua perkenalan kerana kebiasaannya ia akan mengambil masa yang lama. Jika pada permulaan perkenalan pelbagai masalah dikongsi oleh si dia, kamu seharusnya lebih berhati-hati.


Oh suria! Percayalah pada isi hati & naluri kamu. Jangan bertindak terlalu terburu-buru.Tiada gunanya mendambakan diri kepada yang tidak menghargai & tidak menganggap kamu sebagai seorang yang penting. Ingatlah bahawa kamu juga berhak berasa istimewa!Hmmm... dalam post ni juga saya nak selitkan beberapa ciri-ciri lelaki penyayang. Berikutnya adalah;

1) Suka Haiwan
2) Suka Kanak-Kanak
3) Ambil Berat Akan Orang Tua
4) Ambil Berat Akan Adik-Adik
5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
7) Susah Marah
8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman



The cover of my timeline! even nampak simple, 
tapi ayat yang tertera beri maksud yang besar. 



So, dah abis dah baca? hihi apa yang awak rasa tentang pasagan awak sekarang? Keliru? Was-was? Solat istikharah & doa mungkin dapat membantu, in shaa Allah. =)

Saturday, September 21, 2013

Tips Khas untuk LELAKI!

Assalamualaikum,

Let's do some sharing today! Khas kepada para lelaki tips macam mana nak menyuarakan ketidak puasan hati terhadap pasangan atau nak menasihati pasangan awak. Maybe ramai ambil jalan mudah dengan memendam je sebab takut gaduh, betol tak? Cara tu tak betol sebab apa yang terpendam tu ibarat bom jangka masa. Betol ke istilah tu? Faham-faham sendirilah ye. Lama-lama akan meletop then terjadilah break-up, divorce etc. Nauzubillah....

Ni personal view saya lah kan. Saya pun sebenarnya memang seorang yang suka memendam rasa sebab saya memang tak pandai meluahkan isi hati tapi saya cuba juga walau bukan dengan cara verbal. It isn't as good as doing it verbally. I'm trying my best to improve myself. Eh cakap pasal diri sendiri pulak. Pfft... (dengan buah hati je ni dengan kawan-kawan main lepas je. terbaikkkk kan? haha)

Ok tips kepada lelaki kalau nak meluahkan rasa hati.

 Pilih tempat dan masa yang sesuai. Tempat yang romantik lagi bagus lah. Tempat romantik tu tak semestinya tempat yang mahal, paling penting ada privacy dan tenang je tempat tu. Masa pulak jangan la pilih time tengah rush, ambil masa yang secukupnya, seharian pun takpe. Avoid doing the talk while driving and if possible elakkan sebarang gangguan macam bunyi henfhone bagai. =)

Paling penting use soft voice. Jangan marah-marah or tinggikan suara, cakap dengan lembut macam masa tengah ngorat dulu-dulu. Barulah lembut hati pasangan untuk terima teguran awak tu. Lagi bagus selain bagi teguran atau nasihat tu selitkan dengan pujian. Macam mana? Itu skill kene blaja bang.. Hee...


 Kepada yang dah berkahwin, masa tengah luahkan ketidakpuasan hati tu peganglah tangan isteri and look into her eyes. Bukan susah nak cairkan hati seorang wanita kalau tau caranya, tak perlu wang ringgit harta benda ponggg! ;)

Whatever you are trying to say, for any reason, NEVER, NEVER, NEVER compare your girls to anyone else! Kalau awak buat camtu bukan akan selesai masalah tapi akan menambahkan lagi. Tak kiralah sape orang yang kamu compare tu, so don't try this at home or anywhere else. Memang mudah memaafkan tapi tak mudah melupakan.

 After dah luahkan isi hati tu si dia berkemungkinan besar akan rasa kecewa, sedih etc. Awak buatlah something yang romantik sebagai follow-up. Buat surprised candlelight dinner ke, bagi hadiah ke. Oh romantinyaaa... Boleh pengsan pasangan awak tuh tawuu! =D

 Yang terpaling penting! ok,sori merosakan bahasa, banyakkan berdoa. Allah yang 'memegang' hati2 kita so, mintaklah pada Dia supaya lembutkan hati pasangan awak tu untuk terima teguran dan nasihat dan bukakan pintu hati dia untuk berubah ke arah kebaikan. Kalau kita mintak ke arah kebaikan In shaa Allah Dia tidak akan hampakan kita.


Tak rugi pun beromantika dengan pasangan asal tak melampaui batas bagi yang belum berkahwin
gambar saya masa kali pertama belajar bercinta. so cute! rite? ;)
Tipu je... -.-



Perempuan ni memang mudah cair, Saya yang keras hati ni pun mudah cair, apatah lagi wanita-wanita lain. Dengan soft voice pastu suami pegang tangan pulak! Kompem cair punyalah. 
Hihihi tak sabanya nak kawen. :P


GOOD LUCK GENTLEMEN !

Friday, September 20, 2013

Andai Ku Bercinta Lagi

Assalamualaikum,

Hai... tetiba rasa nak tempek lagu kat sini. Mula-mula dengar lagu ni macam tak ada pape, macam lagu-lagu lain je tapi bila tertengok dia punya video clip terus addicted. Masa tengok VC tu jugalah baru dengar betul-betul liriknya, memang touching sangat. Plus susunan muzik + suara vokalis yang mantop, thumbs up! =D


kalau nak dengar sila pause lagu latar blog ni dulu.. ;)

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimana meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti 
Tunjukkan dimana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan dihati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama 
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati.


Kalau betul2 faham VC dan lirik lagu ni mesti terasa, waaaaa ;( aku tak kuat nk laluinya lagi. Errr pernah ke lalui? haha.. diam3x sibuk je.. Moga awak selalu bersama hingga ke akhir hayat saya. Amin~ 
mood rindu#

Tuesday, September 17, 2013

Involvement in Chess!

Assalamualaikum, 
lately saya join byk tounament chess. That's y macam busy giler. tak ada la giler pun sebenarnya. saja je bohong.. erm.. Dah alang2 rajin nak mengupdated n mengupload ni saya nak upload serba sedikit gambar2 curi dari hasil tangkapan orang lain n masuk kat blog ni.. kira halal la no.. >.< saya curi ikhlas.. pun boleyy!

Gambar ni gambar yg lates tounament saya join. 
Dekat medan makan taman ria. Tounament Blitz. 

Ni result tounament Blitz tu.. top ten babe.. jatuh satu anak tangga.. haha.. 
yelah sebab saya seeded 8 kan.. dapat num 9 plak.. tak ape lah! 
Moga CCR rating saya bertambah.. HIHI

saya menang 3 game draw 3 game dan kalah 1 game.. kalah dengan yang baju hitam dalam gambar ni. hampes jeee! apa pun dia memang hebat.. ;) Encik azudin abdullah.

last round tounament blizt SM buat.. dekat Shah Alam
CCR blitz rating yg pertama saya dapat dekat sini.. 
saya dapat top 15! tak ingat dah num berapa.

tounament rapid+ blitz dekat kelab cinta sayang.. second place best ladies.. 
teruk game masa ni.. game menang jadi draw, then kalah.. hakhak! 
tapi dalam gambo ni yang menang punyeee (>.<)V

revoc anjuran UKM.. tak puas hati ni dapat num 2.. tapi tak apa.. ni nama dia rezeki. 
masa ni saya macam nak membesar dah.. hakhak.. demok!

second place rating 1600-1400. masa ni dah totaly nampak tembam giler.. 
waaa macam x blh terima tengok gambar sniri.. ok diet! taknak makan 2 bulan.. macam boleh je kan?.. 
arggghhh salah angle ni photographer oihhhh! that y la nampak demok.. :P



OK dah la tuew! dah banyak sangat saya curi ni.. nanti apa kata masyarakat sekeliling plak? xde kena mengena rasanya. ok fine! enough! Ini lah antara involvement sy dalam arena chess, banyak lagi sebenarnya. 
Sekarang ni pun masih belajar untuk penambah baikan dalam permainan. harap segalanya bejalan dengan lancar. 20-22 september 2013 ni pun ade satu lagi tournamnet dekat UM tapi saya belum confirm nak main ke tidak. Apapun pembaca2 sekalian doakan yang terbaik untuk saya kalau saya join nanti ye.. ;) 



Dah pukul 12! lunch our.. jom g makan.. awak belanja! tapi saya tengah diet.. err tapi kalau awak belanja saya on jugak! ok jom. haha! Adiosssss~

SATIN LIPS MASK & SATIN LIPS BALM MARY KAY

Asalammualaikum

Selamat pagi kawan.. harini saya nak iklan sikit boley?  suka hati tuan punya blog lah kan..  >.<
HEEE ok meh tgk gambo ni.. 

cun babe bibior dia.. merah menyala gitueww!

Iklan pasal bibirlah sebenarnya ni.. >.<..

Ok let i start first, bibir jadi hitam, mengelupas dan kelihatan tidak segar? Antara punca kepada masalah ni sebenarnya ialah kurang collagen dalam bibir, horman tidak stabil dan sewaktu dengannya. Tahu x awak2 makanan dan minuman yang mengadungi bahan kimia juga boleh mengakibatkan kerosakan bibir. Korang mestilah sukakan bibir natural, pink dan ceria.. kan3x? Jadi..... saya ada sedikit tips nak kongsikan. :)

Tips yang berkesan :

1. Jangan biasakan untuk menjilat atau membasahkan bibir terutama ketika bibir tangah kering. Ini kerana air liur mempunyai enzim yang menyebabkan kerengsaan pada luar bibir.
2. Jadikan SATIN LIPS MASK MARY KAY sebagai teman baik mu! Phystogene berfungsi menstabilkan hormon anda.
3. Jangan gelupas kulit bibir yang mati. Ia akan menyebabkan bibir anda luka dan berdarah. Seeloknya gunakan kain yang bersih atau wet tissue untuk mengelap bibir yang gelupas itu.
4. Pilihlah gincu yang sesuai supaya tidak tersalah pilih kerana ia akan menyebabkan bibir anda hitam dan kering. Sapukan SATIN LIPS BALM MARY KAY terlebih dahulu sebelum memakai lipstick.
5. minum air 8 gelas sehari boleh mencegah dehidrasi yang menyebabkan bibir kering dan merekah.



Inilah Satin Lips Mask Mary Kay, ia menggunakan bahan semulajadi,
bibir awak akan nampak lebih merah tanpa sebarang calitan Lips Colour.



Cara mengunakan:

sapukan Satin Lips Mask Mary Kay pada bibir, biarkan selama 5-10minit dan lap secara memutar mengunakan kain basah/wet tissue. Kemudian gunakan Satin Lips Balm Mary Kay. Hasilnya, bibir anda kelihatan lebih halus dan bebas dari pecah-pecah paling penting bibir merah semulajadi tiada lagi kesan hitam.



ok dah abis! :D




p/s : kalau kawan2 berminat boleh contact saya dekat FB.. Ieqa Erina Kazumi