Friday, June 24, 2011

cuti2 dunia!!

huaaaaaaaaaaaaaa... menguap ala2 apek jual sayur... pergh! bkan aq key! adik aq.( muka siyes ni) selamat pagi smua! dan Assalamualaikum! cewah kali ni aq updated blog pagi. jarang je na update pepagi ni. Selalu memalam baru nak updated. orang cakap time 2 baru ade inspirasi. (konon la)

ok la, post aq yang lepas aq ade cakap nk cerita pasal holiday aq kan? ye la aq cerita la,even holiday aq tak la seBEST korangnye tak la seMERIAH korangnye. so? korang layan je la ye.fuewwwwwww~jom kita terbang ke korea. :)

time ni dah sampai dah :)

Flight LCCT-Incheon makan masa selama 6 jam 45 minit, diisi dgn acara borak+merepek=bosan, tdo2 ayam, makan2, dan apa saja yang boleh membuat masa bergerak pantas di atas sana. Dari terminal kapal mendarat, kami dikehendaki menaiki Shuttle Train utk ke main building. Ala,mcm kat KLIA la jgk. Sampai pulak dah mlm. Dinner tak disediakan. Semua org lapa. Bagus! (tak makan apa pun mlm tu... pergh) Cari dinner kat kedai ala2 7e, tp tak berani pulak nk beli apa2, ragu2 dgn kehalalan dia..adui...

Dekat sini ssh giler nk cari masjid.Mungkin sbb di kawasan2 lawatan kami tu, golongan Muslim hanya minority. jadi sebijik pun takde, kecuali di bandar, ada sebijik.. masjid negara la konon2 title dia. Tapi ciput je.. fuhhh~ time kat sini lebih kurang je time kat malaysia. cuma kat sini awal 1 jam malaysia, jadinye kalau kat malaysia malam kat sini pn malam jgk la. :)

ni kat MBC Drama Filming Studio for "Jewel in The Palace"

macam lam tivi x? haha..

Lokasi pertama kami adalah di MBC Drama Filming Studio, studio pengambaran drama korea "Jewel in The Palace". aq tak tengok sangat drama2 korea ni sebenarnya. hehe. Tapi tau2 la jugak.. cuma nama2 pelakon mmg haram tak kenal. Mana tak nya nama diorg pelik2.tergeliat lidah nk sebut. bagi nama ank cina kat aq pun lom tentu aq boleh nak hafal haha ni plak nama korea. :P

Best gak studio nih.. Bangunan2 dia semua cantik2, cam antik2... tapi bile ketuk, kosong! haha. smart kan. ;) pastu ada la set dapor, ruang tamu, pakaian dan semua2 yang digunapakai dalam drama tu.. tapi aq malas la nk uplod gamba2 tu, cam boring je.. haha

Cerita pasal makan pulak la yek.masa kat China, makan sedap2 belaka. Siap makan sampai licin, pastu mintak tambah tak hingat dunia. tapi... keadaan berbeza di Korea.. huaa.. Dorang asik masak stimbot sayur je utk kitorg. 2 hari makan mcm ni. aq dah laaa tak makan sayo, dok telan nasik putih, tarok sup stimbot tu, pastu mkn laa dgn ikan bilis goreng. haha.. Satu yang pasti, sure ada KIMCHI dihidangkan. Jeruk kobis bersambal. Kata pakcik sedara aq yg tinggal kat sini, pompuan korea yg tak reti buat kimchi takleh kawen. hehe jadi aq perempuan melayu tak reti buat pun boleh jep kawin. :P

nampak cam best jek kan? tp sayur..sayur..sayur.. grrr :@

Untuk ke lokasi seterusnya, kene naik River Line Lake Cruise. Best... bot dia besar.. Boleh muat ramai gila orang, tapi kene la berdiri2 ye.. takde kerusi, tp kalau nk duduk gak, boleh la menempel2 kat tepi tingkap feri/bot tu... aq yg tak reti dok diam, harus la kejap ke luar, kejap ke dalam.. nak tangkap gambo scenery dan geng.hihi.

Cantik kan pemandangan dia.. tenang dan damai..

Comel gila Welcome signage dia.. Ada macam2 bahasa..Font color pun ada macam2.. Pintu gerbang dia pun comel kan... kan kan?

Sekarang kita ke Everland pulak ye. tempat2 ni ala2 cam kat disneyland. sape pnh g sana taw la best jgk. :)Ada banyak taman2 dalam tu.. Ada macam zoo.. ada rabbit farm.. ada taman empat musim.. ada macam2 lagi.. Salah satu tarikan yang digembar-gemburkan adalah ini.. Nama dia LIGER iaitu gabungan Lion dan Tiger. huh. Masa tunjuk gamba ni pada maksu aq, dia tanya, betul ke Lion tu kawen dgn Tiger.. sbb rasanya binatang pon memilih jugak kalau nk 'buat'. Tak macam manusia ni, main belasah je... Entah eh.. Cane org korea buleh kawenkan singa ngan harimau, korang jangan la tanya.. aq pun takde jawapan! Kat sana takde la sempat nk explore semua... Tak cukup masa..hukhuk

haaa ni la liger tu.. ensem tak? muahaha..

gamba2 kat everland aq dah edit jadi kecik2 huhu.

meh tgk zirafah tu tggi sikit je dari aq.. fuh tiggi an aq? hakhakhak :P

Nak bgtau kawan2 lg satu bende.. Mungkin rekabentuk masjid adalah yang terindah untuk design bangunan.... sbb Everland jadikan rekaan sebegitu untuk bgnan2 mereka.. Korang try tgk ni.. Cam masjid eh.. Padahal dalam tu kedai souvenir.(tipah tertipu cek oi!) huhu

OK now,kami di kedai ginseng terbesar di Seoul. Huh. Betul ke terbesar? tah la.. wa bantai je. haha. Anyway, kat tempat ginseng ni takleh tangkap gambar. Gambar bawah ni gamba curik.. hehehe. Bak kata uncle aq.. There's 2 way of taking photo here;(1) Ask first then take, and (2) Take first then run. I chose no.2 :) Haha

gambar curik! hehe, Nak beli ginseng mmg tak laa kan.. Mahal!!! Tapi dengar la apa je yg dia explain. Kata dorg, ginseng yg baik adalah yang usia 6 tahun.. Bila dah capai usia tu, akar ginseng nmpk mcm rupa manusia.. isk.. ngeri plak nengok... ada kepala, 2 tangan dan 2 kaki..macam2 la~

Lawatan sambil belajar ke sekolah Kim Chi..... ada kelas belajar cane nk buat kimchi dan ada sesi bergambar memakai baju kebangsaan korea, Han-Bok. Ada la cikgu tu terangkan cara2 nk buat sambal kimchi tu, tapi tak hapal la.. korang gugel la sendirik... Kitorg cuma seletkan sambal tu ke atas daun2 kobis yg ada. Setiap org buat satu. Pastu buleh bawak balik :-)

ni la rupe kimchi yang aq ceritakan tu :) nampak cam sedap kan?korang nk taw rasa la sniri haha.

ok dah la tu.. sebenarnye banyak jugak tempat yang ktgorang pergi tapi tangan aq dah krem nk menaip. giler bapak nk citer sminggu dalam satu page. ni lah hasilnye.. berjela panjangnye. kalau.korang sudi bace je la mana taw kot2 boleh tambah ilmu pengetahuan.sebenarnya bnyk g tempat yg kitaorg jelajah... tp xsanggup aq nk snarai lam post ni... aq snaraikan lam post len k? tp snarai je la... no story2... haha :P pnt dah... haha . fuh~ terus terasa lapar.. aq dah la tak sarapan. pagi2 dapat sarapan telinga jek ngn mak aq. biasa la 2.. nama pn mak membebel 2 kerja part time dia hukhu... sabor je la nak. :P see next post ya? ;)

3 comments:

  1. uishhh bestnye dapt pegi ...
    jeles2.!

    ReplyDelete
  2. best bye holiday. haha. oleh oleh aq mane. haha

    ReplyDelete
  3. haris: best2... jgn jeles nnt awk pergi la.. tp jgn lupa ajak and sponser saya.. :P haha

    fud: erk ole oleh tu ap? blurrr~ haha :P

    ReplyDelete