Tuesday, January 8, 2013

Keikhlasan

Assalamualaikum!
aku kan kalau DEMAM ke batuk ke mesti akan sembuh dalam sehari dua je pastu mulalah bongkak *takpe2 aii demam kejap je ni haaa esok lusa okelah tu* (muka kerek) pastu terus telan ubat tempek koolfever atas dahi then pura-pura tidur dengan muka monyok konon2 nak bagitahu semua orang *hoiiii aku demam ni sape2 jangan ganggu kalau tidak aku lempang* syaitonirrajim betul perangai KAH KAH KAH.

dan seminggu yg lepas aku dah start BATUK-BATUK well macam biasa perangai poyo aku *alaaa kejap je batuk ni sehari dua sembuhlah dont worry baby im fineeeee* so dengan perasaan berlagak aku ngappp aiskrim magnum, burger mekdi, cheezy wedges semua makanan berminyak aku main bedal langsung takde pantang dan akibatnya sampai sekarang aku kof kof kof kof tak henti2 (padan muka kau)

Jangan pernah menjadi hamba kepada sesiapa yang bergelar 'hamba Allah'
tanpa sebab yang boleh diterima akal.

Ok takpe, sebenarnya entry kali ni nak sentuh sikit tentang keikhlasan. keikhlasan yang saya akan sentuh
disini ialah keikhlasan dalam persahabatan. Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah – ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela.

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba-tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata-mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menhargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..

Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata-kata takkan bermakna jika dibiarkan kata-kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja… >.<

Kemanisan sesuatu keindahan itu hanya dapat dihuraikan
pada sesiapa yang pernah merasai keindahannya.. 



Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yang diperolehi dari pembacaan....

Kalau satu hari awak menangis, beritahu saya,
saya tak janji nak buat awak tersenyum,
tapi saya boleh menangis bersama awak,

Kalau satu hari awak ada masalah,
awak bg tahu saya,,
saya tak janji nak bagi penyelesaian,
tapi awak boleh kongsi dengan saya

Kalau satu hari awak nak pergi berjalan,
bagitahu saya, saya bukan nak halang awak
tapi.....
saya boleh teman awak dan menjaga awak

Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar
 cerite awak
saya janji saya akan ada untuk awak

Tapi kalau satu hari awak perlukan
saya, dan saya tak muncul- muncul
mungkin kerana ALLAH lebih
memerlukan saya
saat itu saya pula perlukan "hadiah" PERSAHABATAN
dari awak...

Saya dan awak adalah sahabat. Seandainya suatu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak....awak kena ingat bahawa, persahabatan saya dan awak tidak pernah putus dan awak kena belajar erti berdikari dalam persahabatan kerana waktu itu awak akan tahu pentingnya seorang sahabat dalam hidup awak.

ok2, meh sini nak lap air mata tu. hee terima kasih ye sebab sudi meluangkan masa untuk entry panjang ni. Moga dengan membaca entry ni awak semua lebih ikhlas dalam persahabatan. Dengan ini terimalah sebuah lagu ikhlas dari saya untuk sahabat2 sekalian. peace! V(^_^)


                                       
Ehhh! jap2.. sebelum korang dengar lagu ni make sure korang pausekan lagu yang
sedia ada kat blog ni terlebih dahulu ye. Untuk lebih penghayatan.. :P
*Butang pause >>>>>>


No comments:

Post a Comment